Selamat Datang ke Laman Sesawang Pusat Tuisyen Seri Amal!

TESTIMONI IBU BAPA DAN PELAJAR

TESTIMONI

 

Sudah 7 tahun saya belajar di sini, kelas yang menyeronokkan, tempat terbaik untuk belajar.

"Pelajar Cemerlang PTSA 2024"

 

Terima kasih sangat-sangat cikgu tuisyen yang banyak membantu Firdaus, dia menangis depan cikgu Matematik, katanya dah lama tak dapat A, terakhir kali dapat A ketika darjah 2. Syukur sangat-sangat

"Ibu Firdaus Darjah 5 2024"

 

Alhamdulillah... berkat belajar di Pusat Tuisyen Seri Amal, anak-anak saya dapat sekolah yang terbaik. Bersyukur sangat.

"Ibu Dhia Darjah 6 2023"

 

Pusat Tuisyen Seri Amal banyak membantu anak saya yang merupakan seorang murid istimewa (autisme slow-learner). Proses pembelajaran dan pengajaran yang diadakan sangat menarik perhatian anak saya untuk sentiasa hadir ke kelas tuisyen.

"Ibu Pelajar PTSA 2024"

 

Alhamdulillah... sejak masuk kelas Smart Reader di Pusat Tuisyen Amal, Bahasa Inggeris anak banyak perubahan, semakin membaik.

"Ibu Pelajar PTSA 2023"

 

Terima kasih cikgu membimbing dan membantu anak saya dalam pelajaran, banyak perubahan dapat saya lihat.

"Ibu Vikesh 2023"

 

Semasa peperiksaan pertengahan tahun, alhamdulillah Izuan banyak sangat perubahan keputusannya, yang gagal menjadi lulus cemerlang. Banyak subjek yang dia dapat A, cikgu-cikgu sekolah pun terkejut

"Ibu Izuan 2022"

 

Saya mengesyorkan ibu bapa untuk hantar anak yang lemah ke Pusat Tuisyen Seri Amal kerana sangat berbaloi dan boleh nampak perubahan keputusan peperiksaan anak lepas sertai Seri Amal. Sebelum ini anak saya sangat lemah dalam banyak mata pelajaran, selepas dapat keputusan ujian akhir tahun di sekolah, saya terkejut kerana anak saya berada di tempat pertama dalam kelas. Guru- guru di Seri Amal terbaik! Terima kasih Pusat Tuisyen Seri Amal.

" Ibu Pelajar Cemerlang 2023"

 

Terima kasih tenaga pengajar Seri Amal. Nampak banyak sangat perubahan dan perkembangan dalam pelajaran anak. Bukan saja semakin baik dalam pelajaran, tetapi saya lihat anak saya lebih bertanggungjawab menyelesaikan tugasan tanpa perlu diingatkan seperti sebelum ini.

" Ibu Pelajar Cemerlang 2024"

 

 

 

MORE

PENDAFTARAN 2026

PENDAFTARAN TUISYEN 2026
Jom sertai kami untuk sesi 2026 di Pusat Tuisyen Seri Amal untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
 
Atau layari www.seriamal.com
untuk pendaftaran 'online'
MORE

SMART READER PROGRAMME

SMART READER PROGRAMME

Program pendidikan Smart Reader menggunakan fonik Smart Reader dan Metodologi Pengajaran Kreatif Smart Reader. Pupuk keyakinan anak anda (3 tahun ke atas) dalam menggunakan Bahasa Inggeris melalui pembelajaran dalam kelas kecil dan interaktif yang dibimbing oleh guru terlatih. Anak anda akan memperoleh sijil yang diiktiraf setelah tamat setiap peringkat (Level 1- 10).

MORE

SPM 2026

SPM 2026
Jom sertai kelas SPM kami dan alami sendiri kualiti pengajaran Seri Amal dan lihat bagaimana tutor dan pakar subjek SPM Seri Amal boleh membantu anak anda untuk mencapai potensi penuh mereka.
 
Daftar sekarang untuk kelas percubaan percuma di Pusat Tuisyen Seri Amal!!!
MORE

Image News
Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner

Location


Enquiry